Saturday, November 17, 2012

YDP Jasin Tegur Adanya Pemimpin PAS Bergerak Sendiri


Wakil Melaka, Kamaruddin Sidek menggesa pemimpin PAS bergerak secara kolektif dalam usaha menawan Putrajaya dalam pilihanraya umum ke 13.

Beliau menegur kerana sekarang pemimpin-pemimpin PAS bergerak secara sendiri-sendiri.

“Datuk Mahfuz (Omar), saudara Mazlan (Aliman) dengan Anak. Kita nak bawa semua ke Putaraja bukan Datuk Mahfuz dan saudara Mazlan saja.

“Jadi PAS Melaka mahu kerja dibuat secara kolektif,” katanya ketika membahaskan ucapan dasar Presiden di muktamar PAS di Kota Baru pagi ini.

Kamaruddin yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka juga menggesa parti memainkan peranan yang lebih aktif di peringkat antarabangsa bagi menyelesaikan konflik umat Islam.

Beliau berkata, PAS perlu mengambilalih peranan Umno peranan yang perlu dilakukan bukan hanya memberikan bantuan.

“PAS perlu menjadi dominan dalam politi di negara Asean. Kita juga perlu menghantar wakil berbincang dengan PBB dan Eropah.

“Lujnah (biro) antarabangsa PAS perlu dinaik taraf dan disusun atur bagi memainkan peranan yang lebih aktif,” tambahnya.

Beliau juga menegaskan PAS tidak boleh lagi statik dengan NGO.

Baca selengkapnya..

Sunday, October 28, 2012

Gumpalan Ular Disangka Kain Buruk

Alor Gajah - Seorang nelayan, terkejut apabila menyedari objek di hujung botnya yang disangka kain buruk rupanya gumpalan ular sawa sepanjang 4.

5 meter, di sebuah perkampungan nelayan di sekitar daerah ini, jam 6.

30 pagi, kelmarin.

Sazali Mail, 28, berkata, dia yang baru masuk ke dalam bot ketika meletakkan jaring tersentak apabila terpijak ekor ular berkenaan yang dirasakan lembik serta bergerak.

Dia yang menjadikan nelayan sebagai sumber pendapatan utama keluarga, terus melompat keluar dan meninggalkan bot setelah melihat ular itu cuba menerkamnya dalam jarak satu meter.

“Saya lihat ular itu melingkar di bahagian bucu bot sebelum menyusur dan cuba menerkam saya.

Namun, saya sempat melompat ke belakang.

“Melihat fizikalnya sebesar paha orang dewasa, berkilat dan berbau hamis, saya terasa seperti hendak termuntah sebelum berlari meninggalkan bot dan hubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM),” katanya.

Sementara itu, Ketua Operasi JPAM, Mohd Ridzuan Rahmat, berkata, pihaknya sukar mengeluarkan ular berkenaan yang panjangnya lebih 4.

5 meter dengan berat hampir 50 kilogram.

“Kami sukar mengeluarkan ular sawa itu berikutan tempat yang sempit selain perlu berhati-hati kerana bimbang akan mencederakan reptilia berkenaan.

“Selepas 15 minit, ular itu berjaya dikeluarkan dan kami dapati bahagian bawah badan ular berkenaan terdapat kesan kecederaan.

“Ular itu dirawat sebelum dilepaskan di habitat asalnya di sekitar daerah ini yang jauh dari penempatan penduduk,” katanya, semalam.

Baca selengkapnya..

Monday, September 24, 2012

Gambar Sekitar Majlis Jamuan Makan Malam & Amanat Presiden PAS Di Pt. Putat, MTD Sg.Rambai

















































Baca selengkapnya..

Wednesday, September 5, 2012

[PENGUMUMAN] CERAMAH TAMRIN GHAFAR & MOHD SABU DI SERKAM



CERAMAH UMUM

DATUK TAMRIN ABDUL GHAFAR
TN HJ MOHAMMAD SABU

TARIKH: 7 SEPTEMBER 2012 JUMAAT 9 MALAM
TEMPA: MARKAS PAS SERKAM DARAT, MELAKA




Baca selengkapnya..

Tuesday, September 4, 2012

Melayu Melaka perlu berubah

Oleh ZAILI MUHAMMAD

Potensi Pakatan Rakyat Melaka memenangi sokongan pengundi dan seterusnya berjaya membentuk sebuah kerajaan Pakatan Rakyat di Melaka semakin meningkat setiap masa kerana rakyat Melaka sudah mulai sedar akan kebobrokan Umno/BN.

Penyampaian maklumat dan kerja- kerja menyantuni golongan kurang berkemampuan yang terdiri daripada golongan fakir, miskin, anak yatim, ibu tunggal, terlantar sakit, kelainan upaya dan di timpa musibah juga semakin rancak terutamanya pada Ramadhan lalu.

Ini memberikan imej yang begitu baik di mata masyarakat dan ianya wajar diteruskan setiap masa agar sumbangan atau bantuan tersebut tidak dianggap sebagai 'bermusim' iaitu hanya di bulan puasa sahaja.

Sesungguhnya pendekatan membela nasib rakyat yang begitu memerlukan ini bukannya satu perkara yang mudah di dalam keadaan parti yang serba kekurangan dari segi dana, tenaga dan masa berbanding di pihak BN yang sewenangnya mempergunakan agensi dan jabatan kerajaan sebagai jentera parti mereka.

Saya melihat antara rahsia yang berjaya mengikat sokongan pengundi Melayu kepada Umno/BN di Melaka ialah bantuan kebajikan yang diberikan kepada mereka samada ianya disalurkan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pusat Zakat Melaka atau Majlis Agama Islam Melaka (Baitulmal) di samping peranan yang dimainkan oleh Pembela BN.

Hampir keseluruhan golongan kurang berkemampuan ini mendapat bantuan bulanan dalam bentuk wang tunai mahupun barangan keperluan dapur dan termasuklah bantuan membaiki rumah, rumah PPRT serta rumah Mesra Rakyat.

Layak atau tidak layak menerima bantuan, itu tidak penting yang penting mereka perlu diberikan bantuan walaupun tidak mencukupi agar mereka terus mengundi Umno/BN pada setiap kali pilihan raya termasuklah diugut bantuan akan ditarik balik sekiranya tidak menyokong BN.

Maka ini adalah cabaran sebenar PAS Melaka dalam mengubah pemikiran orang Melayu Melaka supaya beralih sokongan daripada Umno/BN kepada PAS/Pakatan Rakyat kerana mereka telah dimanjakan bak 'ayam daging' sekian lama walaupun hakikatnya akan disembelih.

Setiap pembaziran kerajaan negeri rakyat akan menanggungnya dengan menyembelih rakyat menerusi kenaikan pelbagai jenis cukai, harga barangan, kos perkhidmatan yang tidak perlu, caj yang membebankan dan menguatkuasakan denda atau saman yang menindas rakyat oleh pihak berkuasa tempatan serta jabatan kerajaan.

Untuk itu, orang Melayu Melaka khususnya di kampung- kampung yang masih terkongkong dengan keyakinan Umno/BN sahaja yang mampu mengekalkan dan memberi kestabilan terhadap kelansungan hidup mereka turun- temurun perlu dipecahkan.

Penerangan, penyampaian maklumat dan pendedahan kebobrokan Umno/Bn perlu dipertingkatkan dan dipelbagaikan melalui kaedah atau medium berbeza- beza agar ianya berjaya mencapai sasaran tepat serta menyeluruh.

Bukannya melakukan cara yang sama mengadakan ceramah di tempat yang sama sepanjang masa tetapi perlu diterokai tempat- tempat ceramah yang baru, risalah yang pelbagai mesti sampai ke setiap pengundi, pimpinan dan ahli perlu bergaul mesra serta berada di tengah-tengah masyarakat samada di masjid, di kedai kopi, pasar, padang bola, majlis bersama masyarakat setempat di samping menjalin hubungan baik dengan penjawat awam atau kakitangan jabatan kerajaan.

Sikap sesetengah pimpinan dan ahli yang 'syok sendiri' samada kekok atau 'geli- gelaman' untuk turun ke gelanggang sebenar masyarakat seperti di kedai kopi perlu dihapuskan kerana ianya menjadi penghalang kepada masyarakat untuk memahami dan menyokong perjuangan Islam yang di bawa PAS.

Saya melihat begitu pentingnya perubahan orang Melayu Melaka bagi memastikan kejayaan kita untuk membentuk sebuah kerajaan baru iaitu Kerajaan Pakatan Rakyat di Melaka dan ini amat ditakuti oleh Umno/BN sehinggakan mereka terdesak mengganggu majlis sambutan hari- raya PAS Cawangan Tedong baru-baru ini yang dihadiri Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dengan mengadakan majlis serupa berdebelahannya.

Melaka sekarang ini memerlukan sebuah kepimpinan yang mantap, berwibawa, bertanggungjawab, adil, amanah dan bijak bukannya sebuah kepimpinan yang lemah, mengamalkan pembaziran, kronisme, tidak bertanggungjawab serta tidak meletakkan pertimbangan dosa pahala di dalam pemerintahan.

Baca selengkapnya..

Tuesday, July 31, 2012

Lima Adun DAP digantung 6 bulan

Adun DAP mempamerkan sepanduk terhadap Adun Duyong di dalam dewan.

Oleh ZAILI MUHAMMAD

MELAKA: Dewan Undangan Negeri (Dun) Melaka pada hari ke tiga bertindak mengantung lima Adun DAP selama enam bulan selepas berlaku kekecohan berhubung dakwaan Adun Duyong (MCA), Gan Tian Loo yang mengaitkan Lim Guan Eng dengan seorang wanita.

Ianya bermula selepas ucapan pembukaan oleh Speaker Dun, Dato' lebih kurang jam 9.35 pagi di mana Adun Kota Laksamana (DAP), Betty Chew Gek Cheng bangun membacakan Peraturan Dewan 20(1)(M) iaitu seseorang ahli tidak boleh membuat tuduhan terhadap ahli lain.

"YB Duyong pada 2 Julai telah fitnah, bercakap bohong dalam dewan dengan membuat tuduhan peribadi terhadap saya dan suami, saya arah Tian Loo tarik balik kerana saya minta dia ulang di luar dewan dia tak berani," kata Betty.

Speaker mengatakan bahawa beliau telah mempertimbangkannya dan Adun Duyong tidak perlu menarik balik kerana ianya bukan kenyataan tetapi berbentuk soalan.

Betty menambah walaupun soalan tetapi tuduhan tersebut perlu ditarik balik seperti Ahli Parlimen Seri Gading yang diarahkan Dewan Rakyat supaya menarik-balik ucapannya baru-baru ini.

Kekecohan mula berlaku apabila ke dua-dua belah pihak mula bertikam lidah sehingga mengamatkan suasana dan speaker Dun akhirnya menangguhkan persidangan pada jam 9.40 pagi.

Sebaik sidang dimulakan pada jam 10 pagi, Betty terus bertanyakan soalan samada benar telah diadakan mesyuarat khas di antara Ahli Parlimen Bukit Katil, Dato' Md Sirat Abu; Speaker Dun, Dato' ; Gan Tian Loo dan lain-lain bagi merancang konspirasi terhadapnya.

Sekali lagi kekecohan dan perang mulut berlaku di ke dua-dua belah pihak selama lebih kurang 10 minit, akhirnya speaker mengantung ke lima-lima Adun DAP selama enam bulan dan sidang ditangguhkan lebih kurang jam 10.20 pagi.

Sebagai tanda protes terhadap konspirasi yang dilakukan oleh Adun BN, ke lima-lima Adun DAP turut mempamerkan sepanduk di dalam Dun yang tertera 'SHAME ON YOU GAN TIAN LOO'.

Baca selengkapnya..

Wednesday, July 4, 2012

Exco Melaka tukar Honda Accord 2.4


                          MAR 6, Kereta rasmi Exco Negeri Melaka yang baru.

Oleh ZAILI MUHAMMAD

MELAKA: Kerajaan Negeri Melaka telah menggantikan kenderaan rasmi yang digunakan sebelum ini iaitu Proton Perdana Eksekutif dengan Honda Accord 2.4 VTi-L bagi kegunaan Ketua Menteri, Dato' Seri Mohd Ali Rustam dan Exconya, baru-baru ini.

Pembelian secara senyap-senyap itu melibatkan 17 buah kereta Honda Accord yang berharga RM168,000 sebuah bersama 32 buah Proton Inspira berharga RM85,000 sebuah bagi kegunaan Ketua- Ketua Jabatan di Melaka.

Ia cuba disembunyikan daripada pengetahuan umum dengan memberikan arahan kepada semua media arus perdana supaya tidak menyiarkannya apatah lagi menjelang Pilihan Raya Umum kerana dibimbangi akan dijadikan senjata panas oleh Pakatan Rakyat untuk menyerang Umno/BN.

"Tapi kereta tersebut digunakan tiap-tiap hari ke sana- ke mari di dalam Melaka macam-mana mereka nak sembunyikan bukannya kotak mancis boleh masuk dalam poket," kata sumber itu.

Tambahnya, nombor pendaftaran bermula dengan (M 1) digunakan oleh Ketua Menteri, (MAR 2) Pegawai Kewangan Negeri, (MAR 6) salah seorang daripada 11 Exco dan termasuklah Mufti, Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun), Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan Pegawai Undang-Undang Negeri.

Apa yang turut dikesalkan menurut sumber tersebut, pembelian itu menggunakan duit Panorama Malacca Cultural & Tourism S/B (PMCT) iaitu anak syarikat kerajaan negeri yang mengambil-alih operasi bas henti-henti di Melaka.

Ketua Menteri sebelum ini mengumumkan kerajaan negeri terpaksa menanggung kerugian apabila mengambil-alih operasi pengangkutan awam itu ketika menolak tuntutan pemandu bas yang berdemonstrasi meminta kenaikkan gaji pokok daripada RM500 kepada RM800.

Sebaliknya, apabila berkaitan dengan kepentingan beliau dan kroni hampir RM5.5 juta duit PMCT boleh dikorbankan dan tidak pula dianggap sebagai kerugian.

Untuk beliau dan kroni tidak rugi tetapi bagi membayar gaji yang setimpal kepada pemandu pas setelah berpenat-lelah membawa orang-ramai ke destinasi yang ditujui bagi menyelesaikan pelbagai urusan dianggap satu kerugian.

Sedangkan lebih 98 peratus pemandu itu terdiri daripada orang Melayu yang sepatutnya menjadi tanggungjawab Ketua Menteri Umno yang melaungkan membela nasib Melayu serta memperjuangkan dan mempertahankan hak orang Melayu selama ini.

Sebelum ini, Pakatan Rakyat Perak menjadi sasaran kecaman para pemimpin BN sebaik sahaja Menteri Besar, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin memaklumkan kerajaannya telah memesan 16 buah kereta jenis Toyota Camry 2.4 bagi menggantikan Perdana V6 yang digunakan ketika itu.

Nizar menyatakan bagi menjimatkan RM1.3 juta bagi kos penyelenggaraan ditanggung kerajaan Perak antara 2004 hingga 2008 tetapi fakta tersebut dimanupulasikan oleh media arus-perdana BN.

Malahan Kerajaan PR Perak dianggap tidak patriotik dan diberikan gambaran menakutkan tentang kemungkinan identiti negara tergugat sekiranya PR mengambil alih kuasa di peringkat Pusat.

Kini, adakah label yang sama akan diberikan kepada Mohd Ali dan kerajaan Melaka atau jika Umno/BN
yang buat semuanya dikira okay.

Baca selengkapnya..
Dikendalikan oleh Lujnah ICT PAS Kawasan Jasin.