Saturday, November 17, 2012

YDP Jasin Tegur Adanya Pemimpin PAS Bergerak Sendiri


Wakil Melaka, Kamaruddin Sidek menggesa pemimpin PAS bergerak secara kolektif dalam usaha menawan Putrajaya dalam pilihanraya umum ke 13.

Beliau menegur kerana sekarang pemimpin-pemimpin PAS bergerak secara sendiri-sendiri.

“Datuk Mahfuz (Omar), saudara Mazlan (Aliman) dengan Anak. Kita nak bawa semua ke Putaraja bukan Datuk Mahfuz dan saudara Mazlan saja.

“Jadi PAS Melaka mahu kerja dibuat secara kolektif,” katanya ketika membahaskan ucapan dasar Presiden di muktamar PAS di Kota Baru pagi ini.

Kamaruddin yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka juga menggesa parti memainkan peranan yang lebih aktif di peringkat antarabangsa bagi menyelesaikan konflik umat Islam.

Beliau berkata, PAS perlu mengambilalih peranan Umno peranan yang perlu dilakukan bukan hanya memberikan bantuan.

“PAS perlu menjadi dominan dalam politi di negara Asean. Kita juga perlu menghantar wakil berbincang dengan PBB dan Eropah.

“Lujnah (biro) antarabangsa PAS perlu dinaik taraf dan disusun atur bagi memainkan peranan yang lebih aktif,” tambahnya.

Beliau juga menegaskan PAS tidak boleh lagi statik dengan NGO.

0 comments:

Dikendalikan oleh Lujnah ICT PAS Kawasan Jasin.